CARA-CARA MEMASANG PENCETAK 3D ROTAK3D CS-10

  • by

Apabila anda menerima set ROTAK3D CS-10, pencetak 3D ini telah dipra-pasangkan kepada beberapa bahagian tertentu.

Set lengkap ROTAK3D CS-10 : Sisi Depan
Set Lengkap ROTAK3D CS-10 : Sisi Belakang

Bahagian-bahagian pra-pasang ROTAK3D CS-10 adalah terbahagi kepada bahagian A (komponen Y-Axis), B (komponen X-Axis), C (komponen Z-Axis), D (komponen ‘power supply’ dan ‘controller board’) dan E (komponen paparan LCD dan pemegang filamen).

Set berasingan ROTAK3D CS-10

LANGKAH-1

Memasang bahagian A dengan bahagian C. Sebelum anda memulakan, pastikan ‘allen key’ bersaiz 4mm ada bersama dengan anda.

Allen Key 4mm

a.

Pastikan T-Nut pada bahagian A berkedudukan mengikut lurah T-Slot bahagian C.

b.

Rapatkan bahagian C ke bahagian A seperti dalam imej sebelah.

c.

Pastikan kedudukan ‘L-Bracket’ seperti dalam imej sebelah.

d.

Ketatkan skru ‘T-Nut’ mengikut arah kekanan (ikut pusingan jam) sehingga kekuatan tangan terhenti. ‘T-Nut’ akan terpusing (melintang) secara otomatik apabila berada dalam keadaan longgar.

e.

Pastikan ‘T-Nut’ berkedudukan secara melintang atau bertentangan dengan lurah ‘T-Slot’ bahagian C. Sekiranya ‘T-Nut’ tidak berkedudukan melintang, longgarkan semula skru ‘T-Nut’ dengan memutarkan ke kiri beberapa kali dan memutarkan semula ke kanan seperti sebelumnya.

f.

Ketatkan juga skru ‘T-Nut’ untuk ‘L-Bracket’ yang seterusnya.

LANGKAH-2

Memasang bahagian A dengan bahagian D. Sebelum anda memulakan, pastikan ‘allen key’ bersaiz 4mm ada bersama dengan anda.

a.

Pastikan ‘T-Nut’ pada bahagian A berkedudukan mengikut lurah T-Slot bahagian D.

b.

Rapatkan bahagian D ke bahagian A seperti dalam imej sebelah.

c.

Pastikan kedudukan ‘L-Bracket’ seperti dalam imej sebelah.

d.

Ketatkan skru ‘T-Nut’ mengikut arah ke kanan (ikut pusingan jam) sehingga kekuatan tangan terhenti. ‘T-Nut’ akan terpusing (melintang) secara otomatik apabila berada dalam keadaan longgar.

e.

Ketatkan juga skru ‘T-Nut’ untuk ‘L-Bracket’ yang seterusnya.

LANGKAH-3

Memasang bahagian B, C dan D. Sebelum anda memulakan pemasangan, pastikan ‘allen key’ bersaiz 4mm dan 2 mm ada bersama dengan anda.

a.

Sekiranya anda dibekalkan dengan ‘flexible shalf coupling’ ( Jika sebaliknya, terus sahaja ke item (d) ), gunakan ‘allen key’ bersaiz 2 mm untuk membukanya. Pusingkan ‘allen key’ untuk skru bahagian atas ke kiri untuk melonggarkannya supaya ‘flexible shalf coupling’ boleh dipusingkan ke bawah. Lakukan untuk kedua-dua nut, 1 dan 2. 

b.

Kemudian pusing ‘threaded shalf’/’flexible shalf coupling’ ke kiri supaya ia turun ke bawah.

c.

Pusingkan ‘shalf’ sehingga hujungnya sampai ke bawah.

d.

Kemudian longgarkan skru 1 dan 2 dengan ‘allen key’ bersaiz 4mm ke kiri. Tanggalkan ‘stepper motor’ dari aluminium ‘V-Slot’. Sekiranya anda dibekalkan ‘stepper motor’ bersama dengan ‘threaded rod’, anda perlu memusing ‘threaded rod’ ke kanan, sehingga ia dapat dikeluarkan.

e.

Masukkan komponen B ke bahagian C dan D melalui V-Slot masing-masing. Pastikan ‘wheels bearing’ berada lurah V-Slot.

f.

Letakkan ‘aluminium stand’ seperti dalam imej sebelah bagi menyokong komponen B supaya ‘nozzle’ tidak mencecah ‘heated bed’.

g.

Tolak komponen B ke bawah sehingga memcecah ‘aluminium stand’.

h.

‘Aluminium stand’ menyokong komponen B.

i.

Kemudian pusing secara ke kiri ‘threaded rod’ ke dalam lubang ‘Nut Block’.

j.

Sekiranya anda dibekalkan dengan ‘flexible shalf coupling’, pusingkan ‘threaded rod’ sehingga ke bawah. Jika sebaliknya, pusingkan ‘threaded rod’ sehingga ‘stepper motor’ sama paras dengan hujung ‘V-Slot’ 2040 (seperti dalam item (k)).

k.

Ketatkan kedua-dua skru ‘stepper motor’ dengan menggunakan ‘allen key’ 4mm. Sekiranya anda dibekalkan dengan ‘flexible shalf coupling’, pusingkan ke kanan ‘threaded rod’ sehingga masuk sepenuhnya ke ‘shalf stepper motor’.

l.

Ketatkan skru ‘flexible shalf coupling’ dengan menggunakan ‘allen key’ 2 mm.

m.

Pastikan ‘aluminium profile’ 2020 berjarak sama dari sebelah komponen C dan sebelah komponen D.

LANGKAH-4

Memasang bahagian E, C dan D. Sebelum anda memulakan pemasangan, pastikan ‘allen key’ bersaiz 4mm ada bersama dengan anda.

a.

Masukkan komponen E ke arah selari dengan ‘aluminium profile’ komponen C dan D. Pastikan ‘T-Nut’ berada selari dengan alur ‘V-Slot’.

b.

Ketatkan skru ‘T-Nut’ kedua-dua belah , C dan D, dengan menggunakan ‘allen key’ bersaiz 4mm. Pastikan ‘T-Nut’ berpusing melintang alur ‘V-Slot’.

LANGKAH-5

Mengukur aras ‘heatbed’ supaya berkedudukan samarata di antara setiap penjuru.

a.

Keluarkan ‘aluminium stand’.

b.

Terdahulu, periksa ketegangan ke empat-empat ‘spring bed‘ supaya ia berada dalam keadaan kuat (iaitu ‘heatbed’ tidak longgar atau bergoyang). Pusing knurled nut untuk mengetatkannya. Kemudian ukur jarak penjuru 1 dengan ‘aluminium profile 2020 – axis-X dengan menggunakan sebatang pembaris. Ulangi ukurannya untuk penjuru 2. Pastikan jumlah ukurannya sama (dengan melaraskan nut ke kiri atau ke kanan)

c.

Ulanginya lagi dengan mengukur penjuru 3 dan 4. Pastikan ke empat-empat penjuru ‘heatbed’ mempunyai jarak ukuran yang sama dengan rod ‘aluminium profile 2020’ axis-X.

Nota: ‘Heatbed’ selalunya telah pun diselaraskan semasa penghantaran.

LANGKAH-6

Memasang wayar-wayar dari setiap komponen A, B, C, D dan E ke Papan Kawalan (‘Controller Board’). Untuk setiap komponen, wayar telah tersedia pasang sewaktu penghantaran.

Walau bagaimanapun, pemasangan adalah bergantung kepada jenis ‘Controller Board’. Terdapat berbagai jenis ‘Controller Board’ yang boleh bekerja dengan Pencetak ROTAK3D CS-10.

Setiap pemasangan akan dijelaskan melalui pautan berikut:

  • Pemasangan untuk KFB 2.0 (8 bits)
  • Pemasangan untuk RAMPS 1.4 dan Arduino MEGA 2560 (8 bits)
  • Pemasangan untuk MKS GEN 1.4 (8 bits)
  • Pemasangan untuk SKR V1.3 (32 bits)
  • Pemasangan untuk ROTAK MEGA 2560 V1.0 (8 bits)
  • Pemasangan untuk ROTAK MEGA 1280 V1.0 (8 bits)
  • Pemasangan untuk ROTAK LPC1768 V1.0 (32 bits)

LANGKAH-7

Memasang kabel punca kuasa 240V. Kemudian mencuba samada sistem pemasangan berjalan dengan betul.

a.

Masukkan kabel plug kuasa seperti di imej sebelah.

b.

Pastikan semua wayar-wayar telah dipasang dengan betul. Sekiranya berlaku kesilapan, risiko berlaku kerosakan kepada ‘Controller Board’ atau mana-mana bahagian boleh terjadi. Setelah anda berpuas hati, tekan ‘switch on’ seperti di imej sebelah untuk memastikan semua pemasangan adalah sempurna.

c.

Paparan ‘splash’ adalah seperti di imej sebelah. (sekiranya versi anda di pasang dengan Marlin ‘Firmware’.)

d.

Paparan seterusnya adalah seperti di imej sebelah, yang penting di sini adalah sensor suhu menunjukkan suhu semasa atau suhu bilik.

LANGKAH-8

Memasang filamen. Semasa penghantaran, selalunya pelanggan dibekalkan dengan filamen jenis PLA secara percuma. Buka filamen dari bungkusannya, sekiranya hujung filamen berlipat ataupun tidak lurus, potong hujungnya supaya kelihatan lurus dan senang untuk dimasukkan tiub.

LANGKAH-9

Memulakan percetakan 3D untuk kali pertama. Sila klik pautan ini, Memulakan Percetakan 3D Untuk Kali Pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *