Apabila anda ingin melakukan percetakan 3D, anda perlu memasang filamen pada ROTAK3D. Filamen tidak seharusnya dibiarkan berada pada pencetak 3D dalam masa yang agak lama, kerana filamen terutama jenis PLA mudah meresapi kelembapan. Akibat dari kelembapan pada filamen, maka filamen menjadi rapuh (‘brittel’). Selepas digunakan, filamen hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Berikut adalah langkah memasang filamen pada ROTAK3D.
a.
Masukkan ‘spool’ filamen supaya pemegang filamen berada di dalam ‘spool’ tersebut.
b.
Kedudukan filamen seperti di imej sebelah.
c.
‘Switch on’ ROTAK3D, apabila paparan LCD menunjuk suhu, tekan / klik tombol menu sekali, dan paparan seperti di imej akan terpapar. Menu boleh dipilih dengan memusing tombol menu samada ke kiri atau ke kanan. Untuk mengesahkannya, tekan tombol menu sekali.
Pilih ‘Prepare’->’Temperature’->’Nozzle’.
d.
Pusing tombol menu ke kanan untuk menambahkan suhu. Pusingkan sehingga ia mencapai 200oC, untuk PLA (suhu berbeza-beza mengikut jenis filamen). Kemudian klik tombol untuk sahkannya.
Pilih ‘Prepare’->’Temperature’->’Nozzle’.
e.
Tunggu beberapa saat, skrin akan bertukar seperti paparan di imej sebelah.
Tunggu sehingga suhu ‘nozzle’ mencecah 200oC.
f.
Masukkan hujung filamen melalui pelaras filamen (‘filament guide’).
g.
Tolak filamen seperti di imej sebelah. Picit ibu jari dan jari telunjuk untuk merenggang penyepit ‘bearing’ filamen, supaya mudah untuk menolak filamen ke dalam PTFE tiub.
h.
Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk memasukkan filamen ke dalam tiub PTFE, anda perlu menanggalkan ‘Pneumatic Fittings PC4’.
i.
Tolak filamen sehingga anda dapat melihatnya (seperti di imej sebelah). Kemudian skrukan semula ‘Pneumatic Fittings PC4’.
j.
Tolakkan filamen melalui tiub PTFE sehingga ke blok pemanas dan anda dapat melihat cairan filamen keluar melalui lubang ‘nozzle’.

Pingback: Memulakan Percetakan 3D Untuk Kali Pertama – ROTAK3D